Ruangan Ahli
Close

Login






Lost Password?
No account yet? Register

Pengguna di talian

We have 7 guests online

Statistik Pelawat

Visitors: 271728

Pantun Editorial

 

 

ayam jago si ayam sabung
asyik berlaga di pinggir hutan
mendung tebal kilat bersabung
kenapa kemarau kuntang berlarutan?

 

 

 

 
Proses pengemaskinian selesai.
User Rating: / 0
Written by Pengurusan Pantunonline.com   
Monday, 02 June 2008
Kerja-kerja pengemaskinian dan juga perpindahan ke server baru telahpun selesai dijalankan. Diharap semuanya akan berfungsi seperti biasa. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan dengan sistem, sila berhubungan dengan pihak pengurusan untuk tindakan lanjut. Sekian terima kasih.
 
Perpindahan ke server baru
User Rating: / 0
Written by Pengurusan pantunonline.com   
Sunday, 01 June 2008

Pihak kami sentiasa berusaha untuk menyajikan kepada anda perkhidmatan yang terbaik dan menyedari beberapa kelemahan yang dihadapi oleh sistem kami, pihak kami kini sedang menjalankan kerja-kerja perpindahan dan pengemaskinian ke atas portal ini yang akan mengambil masa beberapa hari.

 

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi oleh para pengunjung dan ahli semua. Sistem portal akan berfungsi seperti sediakala sebaik sahaja kerja-kerja pemindahan dan pengemaskinian selesai nanti.

 

Sekian terima kasih.

 
PANTUN PANTAI DAMAI IN THE MAKING
User Rating: / 0
Written by Pak Asdy   
Saturday, 19 January 2008

 

 

Image 

 

 

Saya kini sedang menyusun mansukrip untuk projek buku Pantun Pantai Damai yang terletak di bawah menu Istimewa di Laman Utara laman web ini.

 

Sebagaimana dinyatakan kita berhasrat menerbitkan pantun-pantun berkenaan ke dalam sebuah buku yang akan berilustrasikan gambar-gambar panorama Pantai Damai di Santubong, Sarawak yang satu contohnya di atas dan sebuah lagidi ruangan Berbalas Pantun.

 

Selain itu pantun-pantun soalan yang ada akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama lokasi, objek atau fakta yang disebut di dalam pembayang pantun soalan akan dihuraikan dalam rencana kecil berilusterasi gambar foto dan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

 

Buku berkenaan, Insya Allah akan diterbitkan untuk dijual kepada pelancong yang berminat terhadap kebudayaan, seni dan alam sekitar Malaysia, khususnya sekitar Pantai Damai, selain untuk pasaran di seluruh dunia berbahasa Melayu dan pusat-pusat pengajian budaya Melayu di seluruh dunia.

 

Kami dapati amat sedikit mereka yang menjawab pantun-pantun dijual di laman Istimewa itu, kerana hanya beberapa sahaja yang rajin menjawab pantun-pantun yang dijual, walaupun ramai yang menjawab pantun di laman Berbalas Pantun.

 

Demi membolehkan lebih ramai berpeluang menyertai projek hiliran pantunonline.com ini kita kini memberi ruang sehingga akhir Mei 2008 untuk mereka yang belum menyertainya untuk tampil menjawab pantun-pantun yang disediakan.

 

Insya Allah semua pantun yang sesuai akan dimasukkan menjadi sebahagian daripada kandungan buku Pantun Pantai Damai nanti. 

 

Sila manfaatkan peluang ini sementara masih dibuka.

 

Wassalam

 

 

SAIEE DRISS  (Pak Asdy)

19 April 2008 

 

 

 

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 5

Artikel terbaru

Sembang-sembang

Mesej terakhir: 6 hari, 12 jam yang lalu
  • Gaildclemme : Hi there! My first post at this great forum! I wanna show u my dayly updated blog: [URL=«link» to choose good credit card[/URL] Have a nice day! BB!
  • Nikimodikto : TEst, test,testtesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttesttest
  • cadbury : kalo ad send kat email sy..orange_bee89@yahoo.com..ok?^^,
  • cadbury : ad pantun ttg kemerdekaan?
  • cadbury : salam..sy bru kt sini..
  • Pak Asdy : Terima kasih, Kuntum. Untuk maklumat semua member hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai Penyelaras Bicarawara di Radio24. Saya tidak menyambung kontrak kerana akan berpindah balik ke Kuching pada 1 Ogos 2008. Doakan saya berjaya dalam babak kehidupan seterusnya.
  • kuntum : sembah salam kpd member pantunonline...taklupa Pak Asdy. ceria..ceria selalu.....
  • penglipurla : assalamualakum pak asdy! bolehkah pak asdy tolong buatkan saya pantun untuk pertandingan pantun saya diperingkat negeri yg bertemakan remaja wawasan negara , alam sekitar, dan rukun negara kepada saya.saya perlukan pantun ini dengan segera.harap dapat dipertimbangkan.terima kasih
  • penglipurla : assalamualakum pak asdy! bolehkah pak asdy tolong buatkan saya pantun untuk pertandingan pantun saya diperingkat negeri yg bertemakan remaja wawasan negara , alam sekitar, dan rukun negara kepada saya.saya perlukan pantun ini dengan segera.harap dapat dipertimbangkan.terima kasih
  • penglipurla : assalamualakum pak asdy! bolehkah pak asdy tolong buatkan saya pantun untuk pertandingan pantun saya diperingkat negeri yg bertemakan remaja wawasan negara , alam sekitar, dan rukun negara kepada saya.saya perlukan pantun ini dengan segera.harap dapat dipertimbangkan.terima kasih

Silalah login untuk turut sama bersembang! Sekiranya anda belum lagi mendaftar sebagai ahli, silalah mendaftar.